Thursday, October 15, 2009
ADDRESS BARU
KAMI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA
http://azlanmyj.com
Monday, September 14, 2009
Jelajah Lundu Siri 1
tidak berapa lama lagi. Namun begitu pejuang2 Myj tetap meneruskan perjuangan dan menawarkan perkongsian peluang kepada warga2 Lundu. Alhamdulillah kedatangan kami tetap tidak menghampakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam jelajah siri ini.
Saturday, September 5, 2009
Rezeki Dan Kekayaan Datangnya Dari Allah
Buat teman-teman pejuang Myj marilah renungkan bersama....
Firman Allah s.w.t:
“Dan tidak ada suatu binatang melata ( makhluk Allah yang bernyawa ) pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezeki kepadanya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Loh mahfuz).
(Surah Hud 11: 6)
Oleh sebab itu, mintalah rezeki kepada Allah. Sebanyak-banyaknya jika perlu. Jangan malu-malu, sebab Dialah yang akan memberi kita rezeki, bukan yang lain. Jangan bertindak sombong, jangan berasa tidak memerlukan dan tidak berhajat kepada Allah, jangan timbul perasaan bahawa tanpa Allah kita mampu berdiri sendiri. Mintalah Allah rezeki sebanyak-banyaknya dan jadilah kamu kaya dengan pemberian Allah. Jangan jadi miskin kerana miskin itu akan menyusahkan kamu. Miskin itu tidak bagus bagi kamu. Dengan kemiskinan juga akan mudah menjuruskan kamu kepada kekufuran. Dengan kemiskinan juga iman Kamu juga akan mudah dibeli.
Harta , takhta, pangkat, darjat, kedudukan dan apa jua yang kita perolehi di dunia ini adalah nikmat dari Allah, bukan dari yang lain. Berimanlah, kamu akan kaya! Kita jual, Allah beli. Kita minta, Allah beri, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi lagi Maha Pengasih. Sedangkan kepada mereka yang tidak beriman kepada mereka juga Allah berikan, apalagi kepada kita yang beriman.
Sesunguhnya rezeki sudah dicatat Allah sejak kita masih dalam kandungan. Sesungguhnya rezeki setiap manusia telah disediakan Allah, yang tinggal Cuma memetiknya. Sebab itu kebanyakan Ulamak selalu mengatakan
“menjemput rezeki” bukan “menunggu rezeki atau mencari”. Mengapakah perkataan tersebut digunakan? Sebabnya, rezeki itu sudah tersedia, iaitu kerana memang sudah pasti adanya. Sesungguhnya rezeki itu sudah ditentukan Allah kepada kita. Sedangkan kalau rezeki itu dicari, ianya belum pasti adanya.
Yakinlah, sesungguhnya Allah bersama kita. Jemputlah rezeki itu dengan setiap ikhtiar dan tawakal. Jangan takut kamu tidak akan menagihnya, sehingga menjadi manusia tamak dan ingin kenyang seorang. Jemputlah! Jangan takut kelaparan. Sedangkan ulat dalam batu juga dijamin rezekinya oleh Allah.
Menurut riwayat Imam muslim, bahawa sebelum Rasulullah tidur, beliau selalu menutup harinya dengan berdoa:
“Ya Allah! lunaskanlah hutang-hutangku dan jauhilah aku dari kemiskinan”
Rasulullah dengan jelas mengajar kita agar memohon perlindungan dari kemiskinan dan kekufuran. Kerana sebagaimana yang kita ketahui kemiskinan itu amat dekat dengan kekufuran. Muslim miskin itu lebih mudah dibeli imannya berbanding Muslim kaya, bahkan berkenaan kemiskinan dan kekufuran ini , Rasulullah selalu berdoa sebanyak tiga kali, pagi dan petang. Hal ini menunjukkan kesungguhan baginda memohon keberkatan kekayaan kepada Allah.
Sempena bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan rahmat ini kepada pejuang-pejuang Myj imbangilah tuntutan dunia dengan tuntutan akhirat. Semoga setiap langkah kita dan amalan kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakan Myj
Monday, August 10, 2009
MyJ Sarawak Bertambah Mantap!
Salam untuk semua warga Kuching Sarawak. Kami pejuang-pejuang MyJ Sarawak menjemput anda untuk berkongsi peluang yang sedang terbuka luas ini. Bagi memantapkan lagi perjuangan ini maka MyJ Sarawak mengatur strategi dengan mengedarkan flayers kepada semua warga Kuching.MyJ Project bersama dengan Hai O Marketing membuka perluang dan ruang kepada semua bakal-bakal usahawan bumiputera dan yang ingin mengetahui plan pemasaran yang semakin menjadi-jadi dan menarik perhatian ramai orang, ini adalah disebabkan sistem yang kami yang cukup hebat iaitu sistem Smart to Success System (S2S) Berjaya menjana watak usahawan yang kental dan yakin untuk berjaya. Disamping itu juga sistem ini menjaminkan MODAL INSAN kepada semua ahlinya.
Akhir-akhir ini iklan-iklan Myj dan Hai O sentiasa menghiasi ruangan iklan TV 3 dan TV 9 juga di dada-dada akhbar dan majalah.
Saturday, August 8, 2009
HEBAT! Utusan Malaysia 7 Ogos 2009.
Wednesday, August 5, 2009
KHAS BUAT PEJUANG-PEJUANG MYJ
Untuk makluman pejuang-pejuang MyJ…. Hari Nisfu Sya’aban akan tiba pada hari malam ini ( sebaik saja masuk maghrib),
5 hb Ogos 2009(selepas maghrib pada hari 15 Sya’aban 1430H)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban), Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat:
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, ahad malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya’aban.
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Esok)
Antara kelebihan bulan Sya’aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari dangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua’alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA’ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 5 hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN…
WASSALAM………
SEMANGAT SENTIASA HANGAT
.jpg)
